Friday, March 27, 2009

Setelah Sekian Lama..

salam..

Buat semua rakan-rakan dan adik-adik yang dikasihi sekalian..

Emm.. lama sangat rasanya saya tak Update Blog ne kan.. bukan lupa mahupun malas tetapi disebabkan banyak perkara penting yang berlaku yang memerlukan saya memberi tumpuan yang sepenuhnya. Maka dengan itu, Blog yang telah menjadi sebagai sebuah medan untuk saya berkomunikasi dengan rakan-rakan yang jauh terutamanya dari semenajung dan sarawak ini tergendala semenjak penghujung tahun 2008

Sepanjang saya tak 'Update' blog ini, saya telah banyak menerima sms dan teguran dari rakan-rakan dan adik-adik tersayang yang meminta saya untuk memberikan sesuatu melalui tulisan terutamanya dalam blog ini.

InsyaAllah.. selepas ini saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu yang baru sekurang-kurangnya satu berita ataupun bahan setiap minggu. tapi tu semua pun bergantung kepada masa yang mengizinkan untuk saya berbuat sedemikian..

Sampai jumpa lagi...

Daa..

Thursday, December 4, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Pada hari semalam, saya dikejutkan dengan berita di muka depan paper daily express mengenai seorang buruh ditetak dileher sehingga mengakibatkan cedera parah. kejadian dikatakan berpunca daripada rakan mangsa yang mengamuk ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk. mangsa yang juga merupakan rakan kepada yang mengamuk cuba menenangkan keadaan namun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila ditetak di bahagian leher. Apabila diteliti dengan lebih lanjut mangsa rupanya merupakan salah seorang staf JHEP UMS dari unit kenderaan. hal tersebut baru diketahui apabila seorang rakan mangsa cuba menghubungiya kerana mangsa tidak hadir bertugas. kejadian tersebut difahamkan telah berlaku semenjak hari selasa yang lepas namun baru diketahui.. kepada semua pembaca dan rakan-rakan pemandu yang lain, marilah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa..

Tuesday, December 2, 2008

Minyak..Oh..Minyak..

Harga minyak di pasaran dunia telah berada di paras paling rendah hingga mencecah paras bawah daripada US48 setong ketika ini. Daripada harga setinggi US150 keatas pada suatu masa lalu. Selaras dengan kenaikan tersebut kerajaan juga terpaksa menaikkan harga minyak negara sehingga kepada RM2.78 sen bagi seliter minyak. Walaubagaimanapun, penurunan yang begitu ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini membuatkan rakyat negara turut mendesak kerajaan menurunkan harga minyak sebagai satu langkah memberi kemudahan dan mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka. Akhirnya dapatlah rakyat menikmati harga sekarang yang mana seperti yang kita ketahui malam semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penurunan kali keenam harga minyak negara.


Sebelum kenaikkan harga minyak dunia, rakyat menikmati harga minyak pada RM1.92 sen seliter. Harga terbaru yang diumumkan semalam ialah RM1.90 seliter. ini bermakna kita sudah menikmati penurunan daripada harga terdahulu iaitu sebanyak 2 sen. Daripada RM1.92 kepada RM1.90. Persoalan disini ialah wajarkah rakyat menikmati penurunan hanya 10 sen yang diumumkan oleh kerajaan semalam sedangkan harga minyak mentah dunia ketika ini mencecah di bawah daripada paras US48 setong? pasti ada rakyat yang mempertikaikanya..kalau dahulu kerajaan menetapkan harga pada RM1.92 bagi harga minyak dunia yang pada ketika itu berada pada harga US82 keatas.. sekarang ni harga minyak mentah dunia berada dibawah daripada US48.. dan kerajaan menetapkan harga minyak negara pada RM1.90 seliter.. emm.. ok lah kot.. walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil oleh kerajaan, kita sebagai rakyat seharusnya memandang dari sudut positif. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya harga telah kembali normal berbanding RM2.78 sebelum ini..pastinya kerajaan mempunyai sebab tertentu meletakkan harga minyak negara kita berada di paras RM1.90 sekarang ini.. itu tentang minyak.. tentang harga barang runcit macam mana pula? harga minyak dah turun..tapi harga barang-barang runcit dan barang keperluan lain bila lagi nak turun?

Thursday, November 27, 2008

Seronok bercuti..

wah..wah..wah.. musim cuti semester dah bermula. pastinya inilah masa yang dinanti-nantikan oleh sebahagian penuntut universiti yang tinggal berjauhan daripada keluarga selama satu semester. keriangan semakin bertambah sudah pastinya apabila merasai keseronokan bangun lewat.. tapi bila bangun tidur je dah ada makanan disediakan oleh ibu. betul tak? emm.. walau bagaimana cara pun korang semua meraihkan cuti semester ne..jangan lupa untuk sentiasa menjaga makan. ni terutaman ya yang dilahirkan berbadan besar. bukan apa hanya untuk mengelakkan obesiti mahupun penyakit.. lagi satu kalau dah duduk dengan mak bapa jangan lupa untuk membantu mereka melakukan kerja seharian. apa salahnya masa cuti dihabiskan bersama keluarga. membantu ayah di kebun bagi lelaki dan membantu ibu dirumah bagi perempuan.. seronok apabila sesekali kita dapat balik kampung kan.. yang takde kampung tu nak buat macam mana kan.. maksud abang yang tinggal di bandar. emm.. apasalahnya korang balik jenguk nenek ataupun orang kampung dimana ayah dilahirkan atau ibu dilahirkan.. pastinya ada sesuatu memori yang anda semua terkenangkan sewaktu kecil dulu..

Thursday, November 20, 2008

Pengajaran Buat Diriku

Cerita yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah merupakas kejadian sebenar yang saya alami sendiri semasa berada di sebuah pejabat kerajaan yang tak perlulah saya sebutkan namanya. Pada waktu tersebut saya yang sedang duduk menunggu giliran dipanggil untuk satu urusan yang penting. sudah hampir sejam menunggu namun masih lagi belum dipanggil. Pelik rasanya.. bila saya selidiki dengan bertanyakan kepada staf lain yang kebetulan berada disana..rupa-rupanya pegawai ne sedang minum pagi. tapi yang peliknya masa tu dah hampir jam 11.50 pagi. nak dijadikan cerita.. terpaksalah tunggu juga.. setelah hampir dua jam menunggu maka muncul jua badak sumbu tu.. dengan muka selamba dia terus datang dan duduk kat kaunter.. ingatkan nak nak selesaikan masalah kitorang rupanya baru nak on komputer. kejap katanya..em..tunggu lagilah.. komputer da on.. datanglah sorang pakcik tua ..dan terus duduk depan dia.. dia tenung pakcik tu.. dia tanya.. kenapa? suara dahla kasar pastu langsung tak senyum. saya dapat perhatikan pakcik tu macam orang kampung yang datang dari jauh. pakcik tu pakai baju dan seluar warnah putih tapi di bawah kaki seluar banyak lumpur kering yang melekat.. saya dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka kerana saya berada berhampiran dengan mereka.

perbualan mereka tu macam ne..

badak sumbu: kenapa?
pakcik: saya mau tanya pasal sijil lahir anak saya dah dua tahun tak selesai masalahnya..
badak sumbu: apa masalahnya?
pakcik: kan tahun lepas dah bagitau masalahnya..
badak sumbu: taun lepas taun lepasla na taun lain ba..
pakcik: macam ne..hari tu orang lain dah guna sijil lahir anak saya buat ic. sekarang ni anak saya nda bulih buat ic dah..
badak sumbu:bah kau datang balik minggu depan lagi chek disini..
pakcik:brapa kali lagi minggu depan kau suru saya datang ni..!
badak sumbu: datang ja la..
pakcik:kau tauka saya mau datang sini terpaksa jual ayam, kambing buat tambang saja..semalam saya sampai kk pun tidur di jambatan di segama sebab nda mampu sewa hotel.. saya dah sampai sekarang sini kau pula cakap datang minggu depan lagi..kau tauka jarak kampung saya dengan tempat ni? kau nda pikir ka kalau bapa kau kena macam saya sekarang??!!!
badak sumbu: ???

apa pengajaran yang adik-adik semua dapat dari cerita ne..abang pun jadi sedih bila dengar pakcik tu kata macam tu.. ntahla kalau kena kat bapa saya confirm mesti mengamuk. pengajaranya..kita jangan sesekali buat macam tu dengan orang lain ye......

Wednesday, November 19, 2008

Teka Teki

Jawab Ni Tau..

Soalan No 1
Cecair apakah yang membeku bila dipanaskan?

Soalan No 2
Kalau semua binatang jadi ikan.. burung jadi kura-kura.. ayam jadi siput.. rasa-rasanya ikan pula jadi apa?

Soalan no 3
Kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja.. tengah tak dimakan..?

sapa jawab dapat hadiah melancong pergi ke Hawaiii.. tanggung sendiri.. hehe

Tuesday, November 18, 2008

2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..." Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.." Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut. "Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil." "Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..." Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..." Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "