Thursday, December 4, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Pada hari semalam, saya dikejutkan dengan berita di muka depan paper daily express mengenai seorang buruh ditetak dileher sehingga mengakibatkan cedera parah. kejadian dikatakan berpunca daripada rakan mangsa yang mengamuk ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk. mangsa yang juga merupakan rakan kepada yang mengamuk cuba menenangkan keadaan namun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila ditetak di bahagian leher. Apabila diteliti dengan lebih lanjut mangsa rupanya merupakan salah seorang staf JHEP UMS dari unit kenderaan. hal tersebut baru diketahui apabila seorang rakan mangsa cuba menghubungiya kerana mangsa tidak hadir bertugas. kejadian tersebut difahamkan telah berlaku semenjak hari selasa yang lepas namun baru diketahui.. kepada semua pembaca dan rakan-rakan pemandu yang lain, marilah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa..

Tuesday, December 2, 2008

Minyak..Oh..Minyak..

Harga minyak di pasaran dunia telah berada di paras paling rendah hingga mencecah paras bawah daripada US48 setong ketika ini. Daripada harga setinggi US150 keatas pada suatu masa lalu. Selaras dengan kenaikan tersebut kerajaan juga terpaksa menaikkan harga minyak negara sehingga kepada RM2.78 sen bagi seliter minyak. Walaubagaimanapun, penurunan yang begitu ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini membuatkan rakyat negara turut mendesak kerajaan menurunkan harga minyak sebagai satu langkah memberi kemudahan dan mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka. Akhirnya dapatlah rakyat menikmati harga sekarang yang mana seperti yang kita ketahui malam semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penurunan kali keenam harga minyak negara.


Sebelum kenaikkan harga minyak dunia, rakyat menikmati harga minyak pada RM1.92 sen seliter. Harga terbaru yang diumumkan semalam ialah RM1.90 seliter. ini bermakna kita sudah menikmati penurunan daripada harga terdahulu iaitu sebanyak 2 sen. Daripada RM1.92 kepada RM1.90. Persoalan disini ialah wajarkah rakyat menikmati penurunan hanya 10 sen yang diumumkan oleh kerajaan semalam sedangkan harga minyak mentah dunia ketika ini mencecah di bawah daripada paras US48 setong? pasti ada rakyat yang mempertikaikanya..kalau dahulu kerajaan menetapkan harga pada RM1.92 bagi harga minyak dunia yang pada ketika itu berada pada harga US82 keatas.. sekarang ni harga minyak mentah dunia berada dibawah daripada US48.. dan kerajaan menetapkan harga minyak negara pada RM1.90 seliter.. emm.. ok lah kot.. walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil oleh kerajaan, kita sebagai rakyat seharusnya memandang dari sudut positif. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya harga telah kembali normal berbanding RM2.78 sebelum ini..pastinya kerajaan mempunyai sebab tertentu meletakkan harga minyak negara kita berada di paras RM1.90 sekarang ini.. itu tentang minyak.. tentang harga barang runcit macam mana pula? harga minyak dah turun..tapi harga barang-barang runcit dan barang keperluan lain bila lagi nak turun?

Thursday, November 27, 2008

Seronok bercuti..

wah..wah..wah.. musim cuti semester dah bermula. pastinya inilah masa yang dinanti-nantikan oleh sebahagian penuntut universiti yang tinggal berjauhan daripada keluarga selama satu semester. keriangan semakin bertambah sudah pastinya apabila merasai keseronokan bangun lewat.. tapi bila bangun tidur je dah ada makanan disediakan oleh ibu. betul tak? emm.. walau bagaimana cara pun korang semua meraihkan cuti semester ne..jangan lupa untuk sentiasa menjaga makan. ni terutaman ya yang dilahirkan berbadan besar. bukan apa hanya untuk mengelakkan obesiti mahupun penyakit.. lagi satu kalau dah duduk dengan mak bapa jangan lupa untuk membantu mereka melakukan kerja seharian. apa salahnya masa cuti dihabiskan bersama keluarga. membantu ayah di kebun bagi lelaki dan membantu ibu dirumah bagi perempuan.. seronok apabila sesekali kita dapat balik kampung kan.. yang takde kampung tu nak buat macam mana kan.. maksud abang yang tinggal di bandar. emm.. apasalahnya korang balik jenguk nenek ataupun orang kampung dimana ayah dilahirkan atau ibu dilahirkan.. pastinya ada sesuatu memori yang anda semua terkenangkan sewaktu kecil dulu..

Thursday, November 20, 2008

Pengajaran Buat Diriku

Cerita yang saya nak kongsikan pada kali ini adalah merupakas kejadian sebenar yang saya alami sendiri semasa berada di sebuah pejabat kerajaan yang tak perlulah saya sebutkan namanya. Pada waktu tersebut saya yang sedang duduk menunggu giliran dipanggil untuk satu urusan yang penting. sudah hampir sejam menunggu namun masih lagi belum dipanggil. Pelik rasanya.. bila saya selidiki dengan bertanyakan kepada staf lain yang kebetulan berada disana..rupa-rupanya pegawai ne sedang minum pagi. tapi yang peliknya masa tu dah hampir jam 11.50 pagi. nak dijadikan cerita.. terpaksalah tunggu juga.. setelah hampir dua jam menunggu maka muncul jua badak sumbu tu.. dengan muka selamba dia terus datang dan duduk kat kaunter.. ingatkan nak nak selesaikan masalah kitorang rupanya baru nak on komputer. kejap katanya..em..tunggu lagilah.. komputer da on.. datanglah sorang pakcik tua ..dan terus duduk depan dia.. dia tenung pakcik tu.. dia tanya.. kenapa? suara dahla kasar pastu langsung tak senyum. saya dapat perhatikan pakcik tu macam orang kampung yang datang dari jauh. pakcik tu pakai baju dan seluar warnah putih tapi di bawah kaki seluar banyak lumpur kering yang melekat.. saya dapat mendengar dengan jelas perbualan mereka kerana saya berada berhampiran dengan mereka.

perbualan mereka tu macam ne..

badak sumbu: kenapa?
pakcik: saya mau tanya pasal sijil lahir anak saya dah dua tahun tak selesai masalahnya..
badak sumbu: apa masalahnya?
pakcik: kan tahun lepas dah bagitau masalahnya..
badak sumbu: taun lepas taun lepasla na taun lain ba..
pakcik: macam ne..hari tu orang lain dah guna sijil lahir anak saya buat ic. sekarang ni anak saya nda bulih buat ic dah..
badak sumbu:bah kau datang balik minggu depan lagi chek disini..
pakcik:brapa kali lagi minggu depan kau suru saya datang ni..!
badak sumbu: datang ja la..
pakcik:kau tauka saya mau datang sini terpaksa jual ayam, kambing buat tambang saja..semalam saya sampai kk pun tidur di jambatan di segama sebab nda mampu sewa hotel.. saya dah sampai sekarang sini kau pula cakap datang minggu depan lagi..kau tauka jarak kampung saya dengan tempat ni? kau nda pikir ka kalau bapa kau kena macam saya sekarang??!!!
badak sumbu: ???

apa pengajaran yang adik-adik semua dapat dari cerita ne..abang pun jadi sedih bila dengar pakcik tu kata macam tu.. ntahla kalau kena kat bapa saya confirm mesti mengamuk. pengajaranya..kita jangan sesekali buat macam tu dengan orang lain ye......

Wednesday, November 19, 2008

Teka Teki

Jawab Ni Tau..

Soalan No 1
Cecair apakah yang membeku bila dipanaskan?

Soalan No 2
Kalau semua binatang jadi ikan.. burung jadi kura-kura.. ayam jadi siput.. rasa-rasanya ikan pula jadi apa?

Soalan no 3
Kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja.. tengah tak dimakan..?

sapa jawab dapat hadiah melancong pergi ke Hawaiii.. tanggung sendiri.. hehe

Tuesday, November 18, 2008

2 Cawan Kopi

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh, dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..." Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan, rata-rata pelajarnya menjawab "Ya.." Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut. "Sekarang..." profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda...Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda, anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil." "Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda.Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..." Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan..." Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

Asal-usul solat

Asal-usul Sembahyang> > > >

SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan. Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya. Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut. Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam. Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

WHICH CATEGORY ARE YOU?

WHICH CATEGORY ARE YOU?
Friends Or Best Friends...

Friends : calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents mom and dad.
Friend: has never seen you cry
Best friend: has always had the best shoulder to cry on
Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge and makes herself at home
Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number (cuz they can't remember it)
Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff
Friend: only knows a few things about you
Best friend: could write a biography on your life story
Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you
Friend: would delete this letter
Best friend: will send this back to you and all of their online buddies

Monday, November 17, 2008

fikir-fikirkan..

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,>Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan. Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya. Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup. Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat. Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul. Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan. Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita. Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa. Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Samy Vellu Berjaya Menyelesaikan Masaalah AP cerita masa zaman era Dr. Mahatir ne..hehe

Dalam sidang parlimen yg lepas Datuk Seri S. Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara bekas PM Tun Dr. Mahathir dengan Menteri MITI Datuk Seri Rafidah Aziz. Idea beliau sangat bernas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman.

Berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan.

"Tuan yg Dipertua, Selaku menteri kabinet, ali Barisan Nasyenel dan Presiden YemAiSi... saya teylah berbincangkan wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan sepanjang lebarnya. Akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat Pedanamentri supayye wisyu wini disilisaikan dingan simangat pesefaman dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TuMahadey. Ini idea tilahpun lama diterimapakey woleh suummmmmmmmmma ali-ali YemAiSi termaso ali kuluarga saya sindirri. Maka dingan ini YemAiSi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa silu-segannya Menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang... RAFIDAH A/P MAHATHIR."

Thursday, November 13, 2008

Selamat Menempuh Exam

Kepada semua adik-adik abang terutamanya yang study kat UMS abang ucapkan selamat menghadapi Exam yang bakal dihadapi. Abang tau pastinya ada yang dah habis paper pun.. ada pula yang baru nak masuk paper 3. Bagi abang apa sahaja keputusan situasi yang adik-adik semua lalui semasa exam termasuklah yang study last minute tu.. haa..
pertamanya -abang nak pesan jangan tension.
keduanya -baca topik-topik lebih penting,
ketiga -jangan panik,
keempat -yakin dengan diri adik boleh jawab semua soalan walau tak pasti,
kelima -jawab je soalan tu walau tak berapa yakin.. kemungkinan ada pensyarah yang akan bagi markah kasihan daripada adik-adik ia biarkan kosong.. confirm tak dapat markah..hehe,
keenam -banyakkan berbincang dengan kawan-kawan,
ketujuh -banyakkan mengafal. jangan asyik baca tapi tak ingat,
kelapan -banyakkan latihan..
ni semua tips yang abang amalkan semasa study kat ipt macm adik-adik semua la sekarang tapi ni suatu masa dulu la hehe..
abang doakan adik-adik semua success dan dapat memperolehi kejayaan yang cemerlang ye..

by

Gambar Tangkap Ular
















Thursday, November 6, 2008

Larangan Memakai Gelang Tangan Bagi Lelaki

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir. Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini. Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t., apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasullulalah bersabda, "Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan),buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.

Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun... sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam. Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah. Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah dikenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb. Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-

1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)

Jenis2 gelang yang diharuskan:-

1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.
wallhualam.

ihsan dari Ustaz Zainuddin Hashim

Terima Kasih

Thursday, October 16, 2008

Gambar Saya semasa Raya 01.10.2008

Time nak pegi beraya di rumah atuk di Kg. Saab Pitas.. Ni raya kedua ne..

Team Bolasepak (Gabera f.c) semasa Raya ke Empat.. saya kena jadi goalkepper..huhuhu

Kitorang Kalah semasa memasuki pusingan separuh Akhir dengan Team Tambilidon f.c

Beraya Di Rumah Lawi.. kawan baik saya. dari Kiri adik Iwan, Adik Nonong, Saya, Lela dan Otet

Berlatarkan Belakangkan Perkampungan Nelayan..

Dengan Kawan baik Lawi....

Jom Pi Raya...

Dengan Datuk semasa Raya Pertama pada 01 oktober 2008...

Bergambar dengan kereta Buruk aku..Baju ni ditempah khas untuk raya pertama..hehe

Sedang Asyik melantak Juadah Raya dirumah Hassan..

Terjumpa Pulak dengan Student UMS semasa beraya... sekampung le katakan..hehe
Aha...nilah pakaian saya semasa Raya Pertama.. Gambar ni dirakam semasa nak pegi beraya di rumah Hassan...

Tuesday, October 14, 2008

10 Tanda Jodoh Kita Dengan Si Dia..

10 Tanda jodoh Kita ini merupakan tips yangdiberikan oleh seorang Ustadz kepada saya suatu masa dahulu. Kepada semua rakan-rakan yang masih berseorangan macam saya dan si Alfred hehe..(jangan marah aa..fred..) carilah-carilah calon isteri.. ni tips terbaik tidak kiralah anda semua ni daripada kaum Adam mahupun Hawa so..fikir-fikirkanlah..


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, 'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, October 13, 2008

gERIMIS LARA..

Gerimis = hujan yang sedikit tapi berpanjangan dan sukar nak reda
Lara = Penderitaan yang berpanjangan dan amat menyeksa

Hujan digambarkan sebagai tangisan. kalau digabungkan.. Gerimis Lara bermakna..

'Tangisan yang berpanjangan dalam keadaan yang amat terseksa.. kalaupun hujan itu reda, pastinya lara akan tetap terasa.."

Saturday, October 11, 2008

Pengumuman..

Cerpen terbaru saya bertajuk "Surat Untuk Tuhan" dah hampir siap so.. kepada semua rakan-rakan yang mengikuti setiap karya dan tulisan yang saya hasilkan selama ini..nantikan iy... ramai yang bertanya bila saya nak hasilkan cerpen, sajak dan puisi terbaru.. so ni hadiah untuk rakan-rakan semua yang banyak memberi galakan kepada saya untuk berkarya selama ini.. kepada rakan-rakan semua, jangan tak baca cerpen tu nanti sebab banyak mesej yang terkandung didalamnya..

Thanks buat Suria, Alfred, Hassan, Amy dan semua rakan-rakan yang lain.. yang sentiasa mengikuti setiap hasil tulisan saya... buat adik Anisah pula, abang dah siapkan cerpen yang adik minta abang buat hari tu..wau! hebat perjalanan hidup adik. tahniah kerana menjadi orang yang begitu tabah.. jujur dan ikhlas abang katakan kalau abang ditempat adik, pastinya abang akan menjadi orang yang tewas..

tada..

This Adorable Creature Called W-O-M-A-N

If you kiss her, you are not a gentleman
If you don't, you are not a man

If you praise her, she thinks you are lying
If you don't, you are good for nothing

If you agree to all her likes, she is abusing
If you don't, you are not understanding

If you make romance, you are an 'experienced man'
If you don't you are half a man

If you visit her too often, she thinks it is boring
If you don't, she accuses you of double crossing

If you are well dressed, she says you are a playboy
If you don't, you are a dull boy

If you are jealous, she says it's bad
If you don't , she thinks you do not love her

If you attempt a romance, she says you didn't respect her
If you don't, she thinks you do not like her

If you are a minute late, she complains it's hard to wait
If she is late, she says that's a girl's way

If you visit another, she accuses you of being a heel
If she is visited by another, 'oh it's natural, we are girls'

If you kiss her once in a while, she professes you are cold
If you kiss her too many, she yells that you are taking advantage

If you fail to help her in crossing the street, you lack ethics
If you do, she thinks it's just one of the man's tactics

If you stare at other, she accuses you of flirting
If she is stared by others, she says that they are just admiring

If you talk, she wants you to listen
If you listen, she wants you to talk

Oh God! you created those creature called "WOMAN'So simple, yet so complex
So weak, yet so powerful
So confusing, yet so desirable

Friday, July 11, 2008

Kisah Benar

HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram.
Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.
Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.
Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.
"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.
"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah. Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan.
"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai," kata penggali kubur tersebut.
"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang.
Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.
Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.
Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan.
Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan. Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala.
Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.
Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.
Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Cerita asal : Ustaz Haron Ibrahim

Celupar

Panggilan telefon di tengah malam itu memang mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir 3 jam itu langsung tidak memenatkan diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu yang menghantui fikirannya.
Ada kalanya Dinie meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu, Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.
Semakin hari keadaan Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.
Sebelum memulakan pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya. Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.
"Alahai... kelakarnya rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh kali ganda lagi 'handsome' !" Kata Dinie sambil ketawa."Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.
"Alah .. tak ada bendanya, kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.
"Engkau ni kalau cakap biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.
"Ye lah tu.. cakap biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..", jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.
Sehari selepas pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit. Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.
Doktor yang merawat Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu gua itu memaafkan dirinya.
Dengan izin Allah, kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional. Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.
Kadangkala, walaupun sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan keizinan Yang Maha Esa.

Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan teladan kepada kita semua

-Sumber Internet-

Bidan

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.

Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah, meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang. Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar. Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu. Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan. Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai, kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh. Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram. Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat. Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika. Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri. Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan. Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi. Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi, dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara haram dan melakukan pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi, dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok. Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka, tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk. Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu. Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya. Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku. Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air" berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya. Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar berlaku.

Apa Kata Awek..

Pada satu hari, Hassan Jendul nak belikan hadiah untuk Kekasih barunya Mek Ayu... So si Hassan nie pun ajaklah adik perempuan sepupunya utk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru 2 bulan berkawan, jadi si Hassan nie pun membuat keputusan utk membelikan Mek Ayu "topi kain hitam" fesyen baru supaya taklah nampak dia beria sangat. Adik sepupu Hassan pun membeli satu seluar dalam hitam berbunga sebab hari tu ader sale, masa membayar dengan tak sengaja, cashier dah tertukar kotak topi kain hitam dengan seluar dalam adik sepupu Hassan. Lepas bayar, Hassan terus pergi kaunter hadiah dan suruh diaorang bungkus tanpa check dulu. Kemudian Hassan balik rumah dan tulis surat utk Mek Ayu dan mengeposkan sekali hadiah yang tersilap tu.
Surat yang ditulis berbunyi macam nie...
ISTIMEWA UNTUK KEKASIHKU MEK AYU...
SAN PILIH HADIAH NI KERANA AYU TAK PERNAH PAKAI BILA KITA KELUAR JALAN2 DAN SELALU MENGADU PANAS...
KALAU BUKAN KERANA ADIK SEPUPU SAN, SAN DAH NAK BELI YANG LAGI JARANG SUPAYA KALAU BERPELUH TAK LEMBAP SANGAT...
TAPI SAN TENGOK ADIK SEPUPU SAN PAKAI YANG BERBUNGA2 NAMPAK CANTIK PULAK...
SAN PILIH WARNA HITAM NIE SEBAB TAK NAMPAK KOTOR... PROMOTER YANG JUAL TU TUNJUK DIA PUNYA... DAH SEMINGGU TAK BASUH TAPI NAMPAK ELOK JER... SAN SURUH DIA TRY AYU PUNYA SEBAB SAIZ DIA TU LEBIH KURANG DENGAN AYU... MEMANG CANTIK DAN MENARIK... HARAPNYA AYU SUKA SEBAB SAN RASA MEMANG SESUAI SANGAT DENGAN AYU... TAK SABAR RASANYA NAK TENGOK AYU PAKAI DEPAN SAN... SAN NAK AYU PAKAI UNTUK SAN HUJUNG MINGGU NIE... SALAM SAYANG UNTUK KEKASIHKU... AYU... P/S: KALAU AYU NAK PAKAI... SAN NAMPAK STAIL BARU... DENGAN MELIPAT BAHAGIAN DEPAN DAN MENAMPAKKAN SEDIKIT RAMBUT...
YANG MENYAYANGIMU,
HASSAN JENDUL...

Thursday, July 10, 2008

Boeing

Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang. Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang. Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?"Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya. "Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baruBoeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah."Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.

-ary-

Sunday, July 6, 2008

Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit.

Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya.

Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”
---- Sumbangan: Abun

Hilang Duit

Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.
Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"
---- sumbangan: Amat

Lawak Pendek

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
--------- :) ---------------
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
--------- :) ---------------
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa dia mati dalam air!
--------- :) ---------------
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
--------- :) ---------------
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
--------- :) ---------------
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
--------- :) ---------------
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.--------- :) ---------------
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
---- sumbangan: Dol

Hantu

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka. Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2? "Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

---- sumbangan: Man

Bulan Madu

Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi. CT, SERI, MURNI dan SURI.Suatu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak mereka serentak. Selepas diijabkabulkan, keempat-empat anaknya bercadang untuk pergi berbulan madu.CT berbulan madu ke Pulau Langkawi, SERI ke Pulau Tioman, MURNI ke Pulau Kapas dan SURI ke Pulau Pangkor.Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan abah, ceritakan macam mana bulan madu korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai KOD IKLAN aje dah cukup. Ringkas, padat dan cepat”. Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.

Seminggu kemudian mereka terima surat dari CT yg bertulis “KFC”. Tercari-carilah kedua suami isteri tu iklan KFC, bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya bila membaca iklan yang bertulis “HINGGA MENJILAT JARI”. Berbahagialah si CT tu rupanya kata mereka.Esoknya terima pula surat SERI yang bertulis “PEPSI”. Maka mereka pun carilah iklan Pepsi dan tersenyum lagi keduanya bila membaca iklan yang bertulis “NIKMATNYA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR”. Bahagia juga si SERI rupanya.Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat MURNI yang bertulis “STANDARD CHARTERED”. Maka dicarilah iklan Standard Chartered, sambil tersenyum mereka membaca iklan tu “BESAR, TEGUH DAN PERAMAH!”.“Bahagianya si MURNI tu bang,” kata Mak Minah pada Pak Mat.Seminggu berlalu tapi masih tiada surat atau perkabaran dari SURI. 2 minggu, tak ada juga.

Pak Mat dan Mak Minah mula risau dan tertanya-tanya. Masuk minggu ke-3, barulah mereka menerima surat dari SURI dengan isi kandungannya yang bertulis “AIR ASIA”. Maka bergegaslah kedua-duanya mencari iklan penerbangan Air Asia tu, sebab dah tak sabar nak tahu apa yang berlaku pada anak bongsu mereka.Tapi, bila dibaca Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau samada nak senyum atau nak nangis.“Bahagia ke si SURI tu bang?” tanya Mak Minah pd Pak Mat.“Ntah…” jawap Pak Mat sambil menerung dan membaca berkali-kali iklan Air Asia tu.“APA MOTTO IKLAN TU” tanya Mak Minah lagi.Dengan selamba dan kuat Pak Mat menjawap “7 KALI SEMINGGU - 3 JAM SEKALI - NON-STOP!!”---- sumbangan; Hassan

Saturday, July 5, 2008

Kita Dan Dia

ternyata
sampai suatu ketika
kita akhirnya seakan ingin memaafkan
segala kekejaman
meski dia enggan memohon maaf
mengaku segala khilaf.
bukan kita mudah lupa
atau kabur dalam menilik neraca
hanya kita ingin meraih peluang
menggapai mutiara kebenaran
meskipun nantinya
kita terpaksa beriringan
dan berpimpin tangan
dengan sang petualang.
kita dan dia
bertolak dari pelabuhan berbeza
dengan hasrat berbeza
namun kini bukanlah ketika
untuk kita
mengkaramkan bahteranya.

ZIZIE ALI
13.09.06

Sajak Buat Ya

Ku bukan seorang pemuzik agung
Namun izinkan aku
Nyanyikan lagu Untukmu
Sebuah lagu hati
Tentang perindu yang jatuh cinta
Laguku mungkin sederhana
Liriknya biasa saja
Semoga isinya kamu suka
Dan untukmu maksudnya.
Ku bukan seorang pejuang
Tapi untukmu aku berperang
Melawan ketakutan diri..
Melawan kelukaan hati..
Di setiap baris yang kulagukan
Aku menyayangimu
Semenjak pertemuan pertama waktu itu
Ku Menaruh hati padamu
Di Sepanjang waktu
dan..
Cubalah..Tatap mataku
Dengarkan laguku
Nyanyian cinta untukmu
Ku tak malu
Namun..
Ku tak ingin semua orang tahu
Kerana pengalaman lalu..
Percayalah..
Sungguh kusayang kamu

Sepi

Kupejamkan mataku
Kurasakan jiwaku melayang
meninggalkan ragaku
Aku melihat awan putih, langit biru
Kuhempaskan jiwaku ke awan
kudengar..
Kicauan burung-burung terdengar riang
nun kulihat jauh dibawah sana
Damai, tenteram..
Semua masalah seolah terserap kedamaian.
namun..
bila mata ini terbuka
ia kembali menghantui..
kulihat dihadapan..
hanyalah ada suatu kepedihan..