Thursday, July 15, 2010

Biar Tuhan Yang Tentukan Antara Kebenaran Dan Kepalsuan

Ni post saya yang baru sempat saya masukkan setelah sekian lama tak menulis sesuatu dalam blog ni. Baru-baru ni saya menghubungi seorang sahabat yang telah sekian lama menghilangkan diri. Sebenarnya sahabat ni suatu ketika dulu sangat rapat dan sentiasa bersama dengan saya semasa di kolej dahulu. Kebetulan terjumpa semula di dalam facebook setelah sekian lama. Setelah bertanya dan bertukar-tukar cerita barulah saya mengetahui serba sedikit kenapa sahabat saya ni menghilangkan diri selama ini. dari apa yang disampaikan sedih jugalah mendengarkan cerita yang diceritakan kepada saya. Tak perlulah saya ceritakan di sini cukuplah saya katakan ianya melibatkan maruah dan harga diri.. Oh..ya lupa nak bagitau pula... rakan saya tersebut adalah seorang wanita..

Bagi saya apa yang terjadi biarkanlah berlalu.. tak kira apa jua yang pernah dilalui..saya menasihatkan kepada sahabat saya tu agar sentiasa bersabar dengan apa yang dialami dan serahkan kepada Allah untuk menentukan diantara kebenaran dan kepalsuan..

No comments: