Thursday, December 4, 2008

Semoga Cepat Sembuh

Pada hari semalam, saya dikejutkan dengan berita di muka depan paper daily express mengenai seorang buruh ditetak dileher sehingga mengakibatkan cedera parah. kejadian dikatakan berpunca daripada rakan mangsa yang mengamuk ketika dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat mabuk. mangsa yang juga merupakan rakan kepada yang mengamuk cuba menenangkan keadaan namun nasib tidak menyebelahi mangsa apabila ditetak di bahagian leher. Apabila diteliti dengan lebih lanjut mangsa rupanya merupakan salah seorang staf JHEP UMS dari unit kenderaan. hal tersebut baru diketahui apabila seorang rakan mangsa cuba menghubungiya kerana mangsa tidak hadir bertugas. kejadian tersebut difahamkan telah berlaku semenjak hari selasa yang lepas namun baru diketahui.. kepada semua pembaca dan rakan-rakan pemandu yang lain, marilah kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan dapat bertugas seperti biasa..

Tuesday, December 2, 2008

Minyak..Oh..Minyak..

Harga minyak di pasaran dunia telah berada di paras paling rendah hingga mencecah paras bawah daripada US48 setong ketika ini. Daripada harga setinggi US150 keatas pada suatu masa lalu. Selaras dengan kenaikan tersebut kerajaan juga terpaksa menaikkan harga minyak negara sehingga kepada RM2.78 sen bagi seliter minyak. Walaubagaimanapun, penurunan yang begitu ketara harga minyak dunia sejak akhir-akhir ini membuatkan rakyat negara turut mendesak kerajaan menurunkan harga minyak sebagai satu langkah memberi kemudahan dan mengurangkan bebanan yang ditanggung mereka. Akhirnya dapatlah rakyat menikmati harga sekarang yang mana seperti yang kita ketahui malam semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan penurunan kali keenam harga minyak negara.


Sebelum kenaikkan harga minyak dunia, rakyat menikmati harga minyak pada RM1.92 sen seliter. Harga terbaru yang diumumkan semalam ialah RM1.90 seliter. ini bermakna kita sudah menikmati penurunan daripada harga terdahulu iaitu sebanyak 2 sen. Daripada RM1.92 kepada RM1.90. Persoalan disini ialah wajarkah rakyat menikmati penurunan hanya 10 sen yang diumumkan oleh kerajaan semalam sedangkan harga minyak mentah dunia ketika ini mencecah di bawah daripada paras US48 setong? pasti ada rakyat yang mempertikaikanya..kalau dahulu kerajaan menetapkan harga pada RM1.92 bagi harga minyak dunia yang pada ketika itu berada pada harga US82 keatas.. sekarang ni harga minyak mentah dunia berada dibawah daripada US48.. dan kerajaan menetapkan harga minyak negara pada RM1.90 seliter.. emm.. ok lah kot.. walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil oleh kerajaan, kita sebagai rakyat seharusnya memandang dari sudut positif. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana sekurang-kurangnya harga telah kembali normal berbanding RM2.78 sebelum ini..pastinya kerajaan mempunyai sebab tertentu meletakkan harga minyak negara kita berada di paras RM1.90 sekarang ini.. itu tentang minyak.. tentang harga barang runcit macam mana pula? harga minyak dah turun..tapi harga barang-barang runcit dan barang keperluan lain bila lagi nak turun?