Monday, June 8, 2009

Dua Hari di Kuala Lumpur

18 & 19 mei lepas, saya ke Kuala Lumpur lagi. Pada kali ini, kunjungan saya kesana kerana mengikuti satu kursus arahan majikan yang dianjurkan oleh Positive Event Solutions bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Walaupun ini bukan kali pertama saya ke Kuala Lumpur tetapi kunjungan kali ini sangat indah terasa. Kali terakhir saya ke Kuala Lumpur ialah pada penghujung tahun 2008. Suatu masa dulu saya menghabiskan hampir keseluruhan usia remaja saya di Kuala Lumpur. 15 tahun tinggal di Bandaraya tersebut banyak mengajar saya erti sebuah sebuah kehidupan yang sebenar. Pada kunjungan ini, saya pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjungi tempat yang pernah saya diami suatu ketika dahulu. Kuala Lumpur dan Selangor adalah destinasi saya dan yang pastinya tempat-tempat yang dikunjungi ini pernah memberikan pelbagai cerita nostalgia suka dan duka saya sebagai seorang perantau.

Tuesday, May 26, 2009

Kenangan Terindah


Korang pastinya mempunyai gambar-gambar lama kan..em kalau yang lahir selepas tahun 80an tu semestinya dah guna kamera berwarna untuk rakam gambar kan.. pada zaman saya pula belum ada kamera jenis berwarna lagi.. so sempat lah juga bergambar dengan kamera hitam putih. sebenarnya gambar ni dah lama saya tak pernah tengok.. satu hari masa selongkar stor terjumpa lah pula gambar ni.. yang kepala botak duduk ditengah itulah saya...hehe

Dari kiri; Abang Ati, Saya dan Abang Pito. Gambar Belakang Mak dan Arwah Adik William.

Orang Tua vs Orang Muda

Saya dah tua ker? Takdelah..
orang jer yang kata saya dah tua...
bukti..?
emm..
nak ker?
takpayalah..
ala..takpayalah..
oklah..
ok....
hehehe...
ni buktinyer..

Suatu petang di ODEC..

Hidangan petang Resipi Ketam Penangan Buah Tangan si Azri..


Nilah orang bertanggungjawab selaku Tukang Masak Profesional..

Tengah tunggu si Mastura nih.. lambat giler dia..naik moto ker naik sampan dia nih..

Sampai jer Terus makan..kebuloq ker?


No komen..


Sesi menguburkan Arwah ketam yang dibaham dengan ganasnya..


Pas makan jer terus posing.. dei..makcik pinggan tu sape nak basoh..?


Dah konyang nilah jadinyer..

Lepastu..merajuk..asik tengok matahari je pas kena suroh basuh pinggan..

Yang nih pun sama.. kak kiah.. tu mataharilah..bukan bulan..siang lagi neh..


Budak-budak muda posing..


Budak-budak muda posing lagi..aik budak muda? belakang Ya tu muda lagi ker? hehehe...

muda lagi la..! siap korang! sapa kata tua nanti aku curik hp dia..

Sunday, March 29, 2009

Bila Ayam Berkokok..

Bila Ayam Berkokok, itu tanda waktu sudah pagi. Manusia akan jaga. Bangun dengan pelbagai harapan.. bangun dengan pelbagai impian.. semua nak buat.. tak kira susah senang, tak kira apa jua rintangan. Tapi.. bila dah bangun manusia mula alpa.. Manusia mula lupa. Impian tinggal impian.. kejayaan yang ingin digapai jauh ditinggalkan, malah mungkin telah terbuang jauh di pelusuk dunia. Keluar daripada rumah untuk mencari penghidupan dengan berbekalkan semangat. Namun balik hanya membawa pulang kecewa dan putus asa. seharian berjalanan mencari kebahagiaan. namun ditafsirkan kebahagiaan itu adalah semua. Apa yang nampak indah dimata semuanya bagi manusia adalah kebahagiaan. Bila itu terjadi, jangan berbicara tentang dosa. manusia memang tak suka padanya. pahala? em.. manusia akan kata 'aku semestinya suka padanya' syurga itu nikmat. Neraka itu Azab. Tapi manusia selalu suka azab. Manusia suka derita. Bila ditanya kenapa? manusia kata hidup lama lagi.. nanti petang menjelang bolehla Taubat. Sekarang ni masih pagi.. waktu pagi sejuk.. kena balut tubuh dengan selimut tebal. selimutnya mesti yang mahal-mahal.. harga yang mahal semestinya dibeli dengan duit yang banyak.. Duit yang banyak boleh cari.. sekarangkan Zaman Moden.. Manusia minta Perkhidmatan sebelum tawarkan Perkhidmatan.. (Rasuah) Mestilah dapat duit banyak.. boleh hidup senang lenang.. manusia tak suka orang berkata tentang keburukan diri sendiri.. itu sudah pasti. Tapi bercerita tentang orang lain pula.., paling manusia gemari. Manusia jangan dipanggil Pengumpat. Mereka tak suka..manusia tak suka orang cerita yang jahat-jahat. Maunya semua cerita kena yang baik-baik sahaja.. yang mulia-mulia sahaja.. emm.. biasalah.. cuba tengok pula ini.. manusia selalu iring mayat ke liang kubur.. mungkin saudara seagama dia mati. Tapi cuba tengok sifat manusia lepas itu.. lepas dari kubur singgah cari betina dulu.. bukan susah, tempat nak cari kan banyak.. bersepah betina.. disco, pub, pusat pelacuran kan banyak.. itulah yang sudah jadi kerana dalam diri manusia selalu berkata 'ala.. esok masih ada pagi lagi.., esok ayam akan berkokok lagi.. Hakikatnya Mati itu Pasti! dan.. Manusia tak tahu bila nak Mati!

Friday, March 27, 2009

Setelah Sekian Lama..

salam..

Buat semua rakan-rakan dan adik-adik yang dikasihi sekalian..

Emm.. lama sangat rasanya saya tak Update Blog ne kan.. bukan lupa mahupun malas tetapi disebabkan banyak perkara penting yang berlaku yang memerlukan saya memberi tumpuan yang sepenuhnya. Maka dengan itu, Blog yang telah menjadi sebagai sebuah medan untuk saya berkomunikasi dengan rakan-rakan yang jauh terutamanya dari semenajung dan sarawak ini tergendala semenjak penghujung tahun 2008

Sepanjang saya tak 'Update' blog ini, saya telah banyak menerima sms dan teguran dari rakan-rakan dan adik-adik tersayang yang meminta saya untuk memberikan sesuatu melalui tulisan terutamanya dalam blog ini.

InsyaAllah.. selepas ini saya akan sentiasa berusaha untuk memberikan sesuatu yang baru sekurang-kurangnya satu berita ataupun bahan setiap minggu. tapi tu semua pun bergantung kepada masa yang mengizinkan untuk saya berbuat sedemikian..

Sampai jumpa lagi...

Daa..