Monday, June 8, 2009

Dua Hari di Kuala Lumpur

18 & 19 mei lepas, saya ke Kuala Lumpur lagi. Pada kali ini, kunjungan saya kesana kerana mengikuti satu kursus arahan majikan yang dianjurkan oleh Positive Event Solutions bertempat di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur. Walaupun ini bukan kali pertama saya ke Kuala Lumpur tetapi kunjungan kali ini sangat indah terasa. Kali terakhir saya ke Kuala Lumpur ialah pada penghujung tahun 2008. Suatu masa dulu saya menghabiskan hampir keseluruhan usia remaja saya di Kuala Lumpur. 15 tahun tinggal di Bandaraya tersebut banyak mengajar saya erti sebuah sebuah kehidupan yang sebenar. Pada kunjungan ini, saya pastinya tidak akan melepaskan peluang mengunjungi tempat yang pernah saya diami suatu ketika dahulu. Kuala Lumpur dan Selangor adalah destinasi saya dan yang pastinya tempat-tempat yang dikunjungi ini pernah memberikan pelbagai cerita nostalgia suka dan duka saya sebagai seorang perantau.

1 comment:

Hafiz Ab Gani said...

amboi!!! part time kije ngan Kementerian Pelancongan ker??? haha...

Sabah bile nk promote??