Sunday, March 29, 2009

Bila Ayam Berkokok..

Bila Ayam Berkokok, itu tanda waktu sudah pagi. Manusia akan jaga. Bangun dengan pelbagai harapan.. bangun dengan pelbagai impian.. semua nak buat.. tak kira susah senang, tak kira apa jua rintangan. Tapi.. bila dah bangun manusia mula alpa.. Manusia mula lupa. Impian tinggal impian.. kejayaan yang ingin digapai jauh ditinggalkan, malah mungkin telah terbuang jauh di pelusuk dunia. Keluar daripada rumah untuk mencari penghidupan dengan berbekalkan semangat. Namun balik hanya membawa pulang kecewa dan putus asa. seharian berjalanan mencari kebahagiaan. namun ditafsirkan kebahagiaan itu adalah semua. Apa yang nampak indah dimata semuanya bagi manusia adalah kebahagiaan. Bila itu terjadi, jangan berbicara tentang dosa. manusia memang tak suka padanya. pahala? em.. manusia akan kata 'aku semestinya suka padanya' syurga itu nikmat. Neraka itu Azab. Tapi manusia selalu suka azab. Manusia suka derita. Bila ditanya kenapa? manusia kata hidup lama lagi.. nanti petang menjelang bolehla Taubat. Sekarang ni masih pagi.. waktu pagi sejuk.. kena balut tubuh dengan selimut tebal. selimutnya mesti yang mahal-mahal.. harga yang mahal semestinya dibeli dengan duit yang banyak.. Duit yang banyak boleh cari.. sekarangkan Zaman Moden.. Manusia minta Perkhidmatan sebelum tawarkan Perkhidmatan.. (Rasuah) Mestilah dapat duit banyak.. boleh hidup senang lenang.. manusia tak suka orang berkata tentang keburukan diri sendiri.. itu sudah pasti. Tapi bercerita tentang orang lain pula.., paling manusia gemari. Manusia jangan dipanggil Pengumpat. Mereka tak suka..manusia tak suka orang cerita yang jahat-jahat. Maunya semua cerita kena yang baik-baik sahaja.. yang mulia-mulia sahaja.. emm.. biasalah.. cuba tengok pula ini.. manusia selalu iring mayat ke liang kubur.. mungkin saudara seagama dia mati. Tapi cuba tengok sifat manusia lepas itu.. lepas dari kubur singgah cari betina dulu.. bukan susah, tempat nak cari kan banyak.. bersepah betina.. disco, pub, pusat pelacuran kan banyak.. itulah yang sudah jadi kerana dalam diri manusia selalu berkata 'ala.. esok masih ada pagi lagi.., esok ayam akan berkokok lagi.. Hakikatnya Mati itu Pasti! dan.. Manusia tak tahu bila nak Mati!

No comments: